Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lubnan: Dron Israel cetus kebakaran di sempadan

    BEIRUT, 1 SEPT – Lubnan hari ini berkata dron Israel mencabul ruang udaranya dengan melepaskan ‘bahan terbakar’ yang menyebabkan kebakaran di kawasan sempadannya, di tengah-tengah ketegangan meningkat antara negara berjiran itu.

    “Sebuah dron Israel…mencabul ruang udara Lubnan di ladang Bastra” di selatan Lubnan, kata tentera dalam satu kenyataan.

    “Ia melepaskan bahan terbakar di pokok oak di kawasan tersebut, yang mengakibatkan kebakaran,” katanya. Tidak ada laporan mengenai kecederaan.

    Jurucakap tentera wanita Israel berkata kebakaran yang meletus berhampiran sempadan perbatasan antara kedua-dua buah negara itu disebabkan oleh ‘operasi’ tentera di kawasan tersebut.

    “Sebentar tadi tembakan meletus bersebelahan Blue Line antara Israel dan Lubnan dan kebakaran itu adalah disebabkan operasi IDF di kawasan itu,” ujarnya kepada AFP tanpa memberikan butiran lanjut.

    Insiden itu muncul di tengah-tengah ketegangan memuncak antara kedua-dua buah negara berjiran berkenaan selepas Lubnan menuduh Israel menyasarkan kubu kuat gerakan Hizbullah Syiah dengan dron berisi bahan letupan minggu lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda