Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lubnan, Qatar perkukuh hubungan, sokong Palestin, Syria

    BEIRUT, 17 APRIL – Lubnan dan Qatar kelamrin menegaskan komitmen mereka untuk memperkukuh hubungan dua hala serta mengulangi sokongan terhadap Palestin dan Syria, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Kenyataan bersama dikeluarkan pada akhir lawatan dua hari Presiden Lubnan Joseph Aoun ke Doha yang merangkumi perbincangan dengan Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

    Kedua-dua pihak menyatakan kesungguhan untuk “memperdalam dan memperkukuh hubungan dalam semua bidang demi kepentingan kedua-dua negara dan rakyat, menyelaras pendirian dalam isu-isu utama, serta menangani hal ehwal serantau melalui dialog dan diplomasi.”

    Agensi Berita Nasional Lubnan, NNA, melaporkan Emir Qatar telah mengulangi sokongan negaranya terhadap negara dan angkatan tentera Lubnan.

    Beliau turut mengumumkan pembaharuan geran Qatar sebanyak AS$60 juta bagi menyokong pembayaran gaji tentera, selain 162 kenderaan tentera bagi membantu pasukan itu melaksanakan tugas menjaga kestabilan dan keselamatan sempadan negara.

    Lubnan kini berdepan krisis kewangan, mata wang menyusut lebih 98 peratus daripada 1,500 kepada purata 90,000 berbanding dolar Amerika Syarikat. – Bernama

    Emir of Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, (kanan) and Joseph Aoun meet di Doha, Qatar, pada 16 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda