Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lubnan rampas 6.5 juta pil captagon, 720kg hasyis

    BEIRUT, 15 SEPT – Menteri Dalam Negeri Lubnan, Ahmad al-Hajjar, hari ini mengumumkan pihak berkuasa telah berjaya membongkar sebuah rangkaian yang merancang menyeludup hasyis dan dadah terlarang captagon ke Arab Saudi.

    Lubnan kini berdepan tekanan daripada negara-negara Teluk untuk membanteras pengeluaran serta penyeludupan dadah, khususnya amfetamin captagon, yang menjadikan rantau itu pasaran utama bagi monarki konservatif berkenaan.

    Hajjar berkata pihak berkuasa berjaya membongkar rangkaian itu, yang berusaha menyeludup captagon dan hasyis, serta menahan ketuanya bersama beberapa individu lain.

    “Rangkaian itu mempunyai hubungan antarabangsa, dengan orang di Turkiye, dan Australia,” katanya, sambil menambah mereka bersiap untuk berhubung dengan ejen di Jordan.

    Pihak berkuasa Lubnan telah “merampas sebanyak 6.5 juta pil captagon dan 720 kilogram hasyis yang sedang disiapkan untuk dihantar ke Arab Saudi,” kata Hajjar.

    Namun, operasi itu telah berjaya digagalkan sebelum sampai ke pelabuhan Beirut untuk penghantaran, katanya, sambil menegaskan, memerangi perdagangan dadah “adalah salah satu keutamaan utama” negara Lubnan.

    Minggu lalu, pihak berkuasa Lubnan turut merampas kira-kira lapan juta pil captagon bernilai lebih AS$90 juta daripada sebuah gudang di utara Lubnan dan menahan beberapa suspek.

    Dadah captagon menjadi eksport terbesar negara jiran Syria selepas tercetusnya perang saudara pada 2011, dan menjadi sumber pembiayaan haram utama bagi kerajaan bekas presiden Bashar al-Assad.

    Di samping itu, sekutu Assad, Hizbullah, menghadapi tuduhan menggunakan perdagangan captagon sebagai sumber kewangan di Lubnan. – AFP

    Ahmad al-Hajjar berucap semasa sidang media di Beirut pada 7 May. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda