Sunday, February 23, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lue kecewa, pemain Cavs ‘malu’

    LOS ANGELES, 7 Nov – Jurulatih Cleveland Cavaliers, Tyronn Lue berkata bahawa para pemainnya ‘malu’ dengan permulaan musim mereka, ketika mereka bersedia berdepan dengan Milwaukee Bucks.

    Cavs tercicir 4-6 Ahad lalu selepas tewas di laman sendiri kepada Atlanta Hawks, yang cuba naik dalam kedudukan Eastern Conference pada kedudukan 2-8.

    Lue bingung untuk menjelaskan permulaan gambar Cavaliers musim ini, yang meletakkan juara NBA 2016 itu terkandas di bawah pertengahan kedudukan.

    Jurulatih Cavs berkata pasukannya telah menganalisis rakaman aksi kekalahan mereka dalam usaha memperbaiki kesilapan mereka.

    “Perlu terus menunjukkan filem dan terus bercakap mengenainya,” kata Lue.

    “Memastikan kami sedar mengenainya, dan saya fikir mereka malu dan perlu merasa malu bagaimana kami ditewaskan.”

    Kekalahan Ahad lalu kepada Atlanta begitu menyakitkan memandangkan Hawks kehilangan lima pemain pilihan utama, menurut Lue.

    “Pasukan-pasukan yang kami lawan, kehilangan beberapa pemain, pemain-pemain utama dan masih gagal menang,” kata Lue.

    “Kami semua perlu meneruskan pencarian dan terus berjuang serta bermain dengan sebaiknya.”

    Namun Lue keberatan untuk menuding jari ke arah barisan pemainnya, dengan berkata masalah wujud pada keseluruhan pasukannya.

    “Ia bukan hanya pada pasukan utama, ia adalah kami,” kata Lue. “Kami perlu menjadi lebih bagus dan bekerja keras keluar dari lubang ini. Pasukan utama faham mereka perlu bermain lebih baik. Tetapi semuanya bergantung pada kami semua.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda