Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lufthansa raih untung berganda

    FRANKFURT, 7 MAC – Syarikat penerbangan gergasi Jerman, Lufthansa, menggandakan keuntungannya lebih dua kali ganda pada 2023, melanjutkan pemulihan daripada wabak koronavirus walaupun ia menghadapi risiko baharu daripada gelombang tindakan perindustrian.

    Kumpulan itu melaporkan hari ini keuntungan bersih sebanyak 1.67 bilion euro (AS$1.82 bilion), meningkat dengan ketara daripada angka 791 juta euro pada 2022.

    Ia sedikit di bawah anggaran oleh penganalisis yang ditinjau oleh syarikat data kewangan FactSet.

    Tetapi ia masih menandakan tahun kedua berturut-turut keuntungan bagi kumpulan itu yang meliputi syarikat penerbangan Lufthansa, Eurowings, Austrian, Swiss dan Brussels Airlines selepas dua tahun kerugian akibat penutupan sempadan berkaitan pandemik.

    “Kumpulan Lufthansa telah memperoleh semula kekuatan kewangannya,” kata ketua eksekutif, Carsten Spohr, dalam satu kenyataan.

    Tahun 2023 adalah ‘salah satu daripada tiga tahun terbaik dalam sejarah kumpulan Lufthansa,’ tambahnya.

    Pendapatan telah meningkat 15 peratus kepada lebih 35 bilion euro, manakala sejumlah 123 juta penumpang terbang dengan syarikat penerbangan kumpulan itu, iaitu meningkat 20 peratus daripada tahun sebelumnya, walaupun masih di bawah paras rekod pra-pandemik Kumpulan itu berkata, ia mahu membayar dividen kepada pemegang saham buat kali pertama sejak 2019, sebelum wabak koronavirus. – AFP

    Seorang berjalan berhampiran kapal terbang Lufthansa pada 7 Mac di lapangan terbang antarabangsa Frankfurt, ketika kakitangan darat Lufthansa melancarkan mogok. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda