Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luhan EXO kini bergelar suami aktres China

    Bekas anggota kumpulan EXO iaitu Luhan dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan aktres berasal dari China iaitu Guan Xiao Tong.

    Luhan dan Guan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga di tempat kelahiran isterinya iaitu Tiongkok, China secara tertutup.

    Sports Seoul melaporkan pasangan itu berkahwin dalam sebuah upacara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

    “Luhan dan Guan sah menjadi suami isteri selepas mereka mendaftarkan perkahwinan di China.

    “Acara pernikahan dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pasangan berkenaan,” kata sumber.

    Dalam pada itu, Luhan dan Guan dijangka akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada tahun hadapan memandangkan situasi COVID di China masih tidak terkawal.

    Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta sejak 2017 dan masing-masing saling terbuka mempamerkan kemesraan sebagai kekasih di media sosial. – Agensi

    Luhan dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan aktres berasal dari China iaitu Guan Xiao Tong. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda