Luka Romero lakar sejarah La Liga

MADRID, 25 JUN – Luka Romero dari Real Mallorca melakar sejarah di La Liga semalam setelah membuat penampilan pemain termuda yang pernah bermain di La Liga, pada usia 15 tahun dan 219 hari.

Romero mengalahkan rekod yang dipegang selama 81 tahun oleh Francisco Bao Rodriguez, yang dikenali sebagai Samson, yang bermain pada 31 Disember 1939 pada usia 15 dan 255 hari buat Celta Vigo semasa menentang Sevilla.

Setelah berlatih dengan pasukan senior Mallorca untuk pertama kalinya pada 1 Jun, Romero, yang bermain sebagai pemain tengah, muncul sebagai pemain gantian pada minit ke-83 semasa perlawanan menentang Real Madrid.

Romero dilahirkan di Mexico tetapi keluarganya berasal dari Argentina dan dia mewakili pasukan Argentina di peringkat bawah 15 tahun. Dia berkaki kiri dan selalu dikaitkan gaya mainannya dengan pemain tengah Sepanyol, David Silva oleh penolong jurulatih Mallorca, Dani Pendin. Mallorca bergelut di zon penyingkiran di La Liga.

Mereka menduduki tangga ke-18, tiga mata dari zon selamat dengan tujuh perlawanan lagi untuk dimainkan. – AFP