MILAN, 27 OGOS – Penyerang Belgium, Romelu Lukaku meledakkan gol dalam penampilan pertamanya bersama Inter Milan apabila kempen jurulatih baharu, Antonio Conte bermula sempurna dengan kemenangan 4-0 ke atas Lecce awal pagi tadi.
“Terdapat renjatan, tetapi kini kami perlu menjadi dinamit,” kata Conte ketika dia memulakan kempennya untuk menjatuhkan pemegang gelaran sebanyak lapan kali, Juventus.
Lukaku, penandatanganan 65 juta euro pada musim panas dari Manchester United, menjaringkan gol ketiga pasukan ketika perlawanan memasuki sejam di San Siro.
Kesilapan penjaga gol Lecce, Gabriel selepas menepis ledakan Lautaro Martinez melantun di depan Lukaku, yang kemudian menyudahkannya.
“Lukaku memasuki dunia Inter dengan cara terbaik, dengan rendah diri,” kata Conte.

“Dia adalah gergasi budiman, gergasi dengan senyuman. Dia bersedia untuk bekerja keras untuk pasukan. Tetapi bukan hanya Romelu, Lautaro juga beraksi dengan sangat baik.”
Maracelo Brozovic membuka jaringan selepas minit ke-21 dengan satu rembatan kencang bagi golnya ke-15 sepanjang enam musim kerjayanya bersama Inter.
Tetapi seorang lagi pemain baharu, Stefano Sensi, pinjaman musim panas dari Sassuolo, juga menemui sasaran tiga minit kemudian.
Antonio Candreva meledakkan gol keempat pada minit ke-84, membolehkan Inter menyaingi juara Juventus dan pemenang kedua, Napoli, yang masing-masing memenangi perlawanan pembukaan mereka. – AFP