Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukaku impikan ‘Kasut Emas’

    MANCHESTER, 21 Sept – Romelu Lukaku melihat tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris Manchester United akan datang sebagai peluang terbaik untuk mengukuhkan prospeknya sebagai penjaring terbanyak liga musim ini.

    Kunjungan Wolves kepada Old Trafford, esok, sebelum beraksi di West Ham dan perlawanan di laman sendiri menentang Newcastle, boleh menjadikan Lukaku pendahulu bagi memburu Kasut Emas.

    Lukaku setakat ini sudah mengumpul empat gol dalam Liga Perdana Inggeris, ketinggalan satu di belakang pemain Chelsea, Eden Hazard sekalipun permulaannya tampak begitu tidak baik.

    Penyerang Belgium itu telah menja-ringkan gol dalam setiap dua perlawanan terakhir United, dengan menjaringkan dua gol kemenangan menentang Burnley pada 2 September lalu dan kemenangan 2-1 ke atas Warford, minggu lalu.

    Sungguhpun begitu, Lukaku terus berdepan tuduhan sebagai ‘pembuli’ berikutan rekod mengecewakannya ketika berdepan enam kelab utama Liga Perdana.

    Lukaku (kanan, dua) bertarung menguasai bola ketika berdepan Young Boys pada pertemuan yang diadakan di Stade de Suisse, Bern pada 19 September yang lalu. – AFP

    Daripada 20 gol yang dijaringkan Lukaku sejak berpindah daripada Everton pada Julai tahun lalu, hanya satu daripadanya datang pada perlawanan yang melibatkan pasukan enam terbaik musim lalu iaitu ketika Chelsea tewas di Old Trafford pada Februari lalu.

    Sebaliknya, perlawanan menentang pasukan yang berada di tangga tercorot menawarkan peluang baginya untuk menambahkan jumlah gol.

    Ia berkemungkinan turut dibantu oleh penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan Harry Kane daripada Tottenham yang setakat ini belum meraih tahap terbaik mereka musim ini. Manakala, pemain Manchester City, Sergio Agueo, yang menjaringkan tiga gol setakat ini, sering digilirkan dengan Gabriel Jesus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda