Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lukaku kembali ke inter secara pinjaman

    MILAN, 30 JUN – Romelu Lukaku kini kembali ke Inter Milan selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman dari Chelsea, hanya setahun selepas perpindahannya dari Itali ke kelab Liga Perdana tersebut, kelmarin.

    Penyerang Belgium, Lukaku akan berjumpa dengan bekas penyokongnya di San Siro selepas Chelsea bersetuju dengan perjanjian tersebut, di mana Inter akan membuat pembayaran awal berjumlah 8 juta euro dan ditambah dengan bayaran sebanyak 3 juta bagi perpindahan pinjaman berkenaan.

    Sementara itu, kelab London mengeluarkan kenyataan bagi me-ngesahkan perpindahan tersebut adalah perpindahan dengan perjanjian jangka panjang. Pengumuman rasmi bagi kepulangan pemain tersebut telah dibuat menerusi rakaman video yang disiarkan dalam sosial media milik kelab Inter. Lukaku dalam video tersebut berkata dia telah kembali semula ke kelab tersebut ketika bercakap dengan pengerusi kelab berkenaan, Steven Zhang di ibu pejabatnya.

    Pemain berusia 29 tahun itu, sekali lagi akan mengetuai pemain penyerang Inter agar dapat merampas semula kejohanan Serie A selepas dilaporkan gajinya dikurangkan kepada 8.5 juta euro untuk musim kejohanan akan datang.

    Menurut laporan yang dikeluarkan oleh media Itali, Kedua-dua kelab Inter dan Chelsea mempersetujui perjanjian pinjaman tersebut yang berkemungkinan akan dilanjutkan sehingga musim depan untuk me-lengkapkan perpindahan itu.

    Sementara itu, peguamnya, Sebastien Ledure berkata kelmarin, “Apa sahaja boleh berlaku” sekarang dan pada penghujung musim hadapan.

    “Ia adalah sesuatu yang emosional,” kata Lukaku kepada saluran TV Inter.

    “Saya sangat gembira kerana dapat kembali,” kata Lukaku kepada pemberita ketika dia baru sahaja tiba di lapangan terbang Linate, Milan, kelmarin. – AFP

    Romelu Lukaku semasa membalas lambaian penyokongnya di tingkap ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Itali di Milan, Itali. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...