Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukaku ledak empat gol, benam Azerbaijan

    PARIS, 20 NOV – Romelu Lukaku menjaringkan empat gol ketika Belgium menamatkan kempen kelayakan Euro 2024 dengan membelasah Azerbaijan 5-0 semalam, selepas Serbia mara tempat ke pusingan akhir tahun depan di Jerman.

    Penyerang Roma, Lukaku menambah rekod jaringan antarabangsanya untuk Belgium dengan 83 gol, dengan keempat-empat golnya dijaringkan pada separuh pertama perlawanan.

    Dia membuka tirai jaringan pada minit ke-17 dengan menyempurnakan hantaran lintang Jeremy Doku, sebelum Eddy Israfilov dilayangkan kad kuning kedua tujuh minit kemudian, meninggalkan Azerbaijan dengan tugas yang sukar.

    Sejurus selepas itu Lukaku menjaringkan gol kedua dan kemudian menanduk masuk bola hasil hantaran Wout Faes untuk melengkapkan hatrik.

    Dia melengkapkan jaringan dengan empat gol dalam masa 20 minit sebelum digantikan oleh Lois Openda pada separuh masa.

    Pasukan Belgium itu tidak bermain pada babak kedua tetapi Leandro Trossard menambah gol kelima pada minit ke-90 hasil bantuan daripada Doku. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda