Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukaku sumbang kemenangan kedua Roma

    MILAN, 2 OKT – Romelu Lukaku telah membantu menyumbang kepada kemenangan kedua Roma dalam musim Serie A apabila penyerang Belgium itu menjaringkan gol kemenangan dengan keputusan 2-0 ke atas Frosinone semalam.

    Mankala Juventus terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Atalanta.

    Lukaku mencatatkan gol ketiga dalam lima perlawanan liga bagi Roma selepas menerima hantaran bijak dari Paulo Dybala pada pertengahan separuh pertama perlawanan.

    Dybala turut memberikan hantaran yang membawa Roma meraih tiga mata apabila Lorenzo Pellegrini menjaringkan gol menerusi rembatan voli hasil sepakan percuma milik Dybala di pada minit ke-83.

    “Ini adalah kemenangan penting dengan usaha yang tinggi berserta kecekapan di hadapan gawang,” kata Lukaku, yang kembali beraksi di Itali selepas dipinjam dari Chelsea.

    Romelu Lukaku beraksi semasa perlawanan antara AS Roma dan Frosinone Calcio di Stadium Olimpik di Rom pada 1 Oktober. – AFP

    “Kami sedang menghadapi situasi yang mencabar, tetapi musim masih panjang. Kami perlu meneruskan aksi dengan prestasi yang sebegini,” ujarnya.

    Pasukan yang dikendalikan oleh Jose Mourinho itu naik ke tangga ke-12 dengan lapan mata daripada tujuh perlawanan, selepas pulih daripada kekalahan memalukan kepada Genoa pada pertengahan minggu.

    Juventus terpaksa menerima keputusan seri tanpa jaringan di Bergamo dan menghadapi kesulitan mencipta peluang gol tanpa kehadiran Dusan Vlahovic.

    Penyerang Serbia itu terpaksa diketepikan atas kecederaan belakang yang dialaminya berulang kali, sementara penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny melakukan penyelamatan cemerlang untuk menepis sepakan percuma Luis Muriel yang hampir menembusi gawang.

    Juventus kini berada di tangga ke-4, di belakang juara bertahan Napoli dan terikat empat mata daripada pendahulu liga, Inter Milan, yang berkongsi kedudukan di tangga teratas dengan AC Milan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda