Friday, November 22, 2024
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukisan abad ke-17 ditemui di sebalik siling

    ROM, 13 NOV – Kanak-kanak berwajah kemerah-merahan, dikelilingi oleh warna biru, merah dan emas, masih memancarkan keindahan dalam lukisan abad ke-17 yang ditemui di sebalik siling palsu di istana Villa Farnesina di Rom.

    Ketiga-tiga lukisan tersebut tersembunyi di atas siling berkubah di ruang tamu yang dahulunya milik seorang jurubank kaya dan penaung seni Renaissance yang membina vila itu pada awal abad ke-16, Agostino Chigi.

    Seorang juruelektrik, Davide Renzoni, secara kebetulan menemui lukisan itu setahun lalu ketika memanjat melalui pintu tersembunyi ke ruang lama yang dilupakan semasa melakukan kerja penyelenggaraan di vila tersebut, yang terletak di tebing Sungai Tiber.

    “Saya menyalakan lampu dan segalanya muncul: benar-benar mengagumkan,” katanya kepada AFP ketika lawatan minggu ini.

    Beberapa kanak-kanak kelihatan memegang karangan bunga hijau, sementara yang lain mengangkat topi keledar emas.

    Lukisan tersebut merupakan hasil karya seorang artis yang kurang dikenali, turut memaparkan lambang keluarga bangsawan Farnese.

    Kardinal Alessandro Farnese membeli vila tersebut pada tahun 1579 dengan hasrat untuk menghubungkannya dengan Istana Farnese di seberang Sungai Tiber, namun rancangan itu tidak kesampaian. – AFP

    Pemandangan muzium Villa Farnesina di Rom pada 12 November, di mana lukisan siling abad ke-17 ditemui tahun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda