Lukisan Banksy dijual hampir AS$10 juta

LONDON, 22 OKT – Lukisan Impressionis terkenal Banksy telah dijual pada acara pelelongan dengan harga 7.6 juta pound (AS$9.8 juta), harga kedua tertinggi yang pernah dibayar untuk kerja oleh seorang artis jalanan Britain.

‘Show Me the Monet’ dijual kepada seorang pembida tidak dikenal pasti di Sotheby’s di London pada petang semalam, mengatasi anggaran sebelum jualan pada 5 juta pound.

Dalam kerja 2005, Banksy menambah troli membeli-belah yang ditinggalkan dan satu kon lalu lintas jingga kepada imej bunga lili Claude Monet di tamannya di Giverny.

Alex Branczik, ketua seni kontemporari Eropah di Sotheby’s, berkata kerja seni itu merupakan salah satu hasil Banksy yang ‘paling ikonik’ yang dijual pada pelelongan.

Banksy, dengan nama sebenarnya tidak pernah disahkan, memulakan kerjayanya melukis bangunan dengan penyembur cat di Bristol, England, dan telah menjadi salah seorang artis paling terkenal di dunia.

Satu lagi kerja Banksy, ‘Devolved Parliament,’ dijual pada tahun lalu di Sotheby’s di London dengan harga 9.9 juta pound. Pada awal bulan ini, hasil grafitinya ‘Forgive Us Our Trespassing’ dijual dengan harga AS$8.3 juta di Sotheby’s di Hong Kong. – AP

Seorang kakitangan bergambar di depan hasil seni oleh Banksy bertajuk ‘Show Me The Monet’ di Sotheby’s di London pada 16 Oktober 2020. – AP