Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukisan Magritte dijangka pecah rekod

    NEW YORK, 18 NOV – Dengan lukisan Magritte yang dianggarkan dijual hampir AS$100 juta, lukisan oleh artis pop Keith Haring dan sebiji pisang unik, rumah lelong di New York akan berusaha untuk menghidupkan semula pasaran seni yang merudum, minggu ini.

    Jualan lukisan Empire of Light (L’Empire des lumieres) karya Magritte, yang akan dilelong esok di Christie’s, dijangka menjadi antara acara kemuncak musim luruh ini, yang akan menyaksikan ratusan karya seni dijual dan ratusan juta dolar dibelanjakan.

    Karya penting dari tahun 1954 itu adalah sebahagian daripada siri lukisan oleh pelukis terkemuka surealis, yang menggambarkan interaksi dinamik antara bayang dan cahaya.

    Harganya dianggarkan bernilai AS$95 juta, yang dijangka memecahkan rekod terdahulu bagi karya Magritte, iaitu AS$79 juta pada tahun 2022.

    Christie’s berharap dengan lukisan Magritte itu serta lukisan terkenal dari tahun 1964 yang menggambarkan sebuah stesen minyak oleh artis pop Amerika, Ed Ruscha, mereka dapat menghidupkan semula pasaran seni yang lembap sejak 2023.

    Rumah lelong itu yang dimiliki oleh syarikat pelaburan milik keluarga Pinault, Artemis, menyatakan jualan pada separuh pertama 2024 berjumlah AS$2.1 bilion. Ini merupakan penurunan untuk tahun kedua berturut-turut, selepas mencatatkan jualan tertinggi sebanyak AS$4.1 bilion pada 2022, ketika dunia mula pulih daripada pandemik COVID-19. – AFP

    Lukisan L’empire des lumieres karya Rene Magritte semasa dipamerkan menjelang acara lelongan di New York pada 8 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda