LONDON, 15 JUN – Lukisan minyak pemimpin kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang jarang ditemui dipercayai telah dirosakkan oleh seorang aktivis nasionalis Hindu, akan dilelong di London pada Julai.
Gandhi, salah seorang tokoh paling berpengaruh dalam sejarah India, mengetuai gerakan tanpa kekerasan menentang pemerintahan British dan mengilhamkan kempen penentangan yang serupa di seluruh dunia.
Dia menjadi subjek kepada puluhan ribu karya seni, buku dan filem.
Tetapi lukisan 1931 oleh artis British-Amerika, Clare Leighton dipercayai satu-satunya potret minyak yang dia lukis, menurut keluarga pelukis itu dan Bonhams, di mana ia akan dilelong dalam talian dari 7 hingga 15 Julai.
“Ini bukan sahaja karya ciptaan Clare Leighton, yang terkenal terutamanya dengan ukiran kayunya, ia juga dianggap satu-satunya lukisan minyak Mahatma Gandhi yang dilukisnya,” kata Ketua Jualan untuk Perjalanan dan Penerokaan Bonhams, Rhyanon Demery.
Lukisan itu adalah harta karun yang mungkin tersembunyi, kata anak saudara artis itu, Caspar Leighton kepada AFP.
Di jual buat kali pertama bulan depan, lukisan itu dianggarkan berharga antara £50,000 dan £70,000 (AS$68,000 dan AS$95,000).
Clare Leighton bertemu Gandhi pada tahun 1931, ketika dia berada di London untuk berbincang dengan kerajaan British mengenai masa depan politik India.
Dia adalah sebahagian daripada kalangan artistik sayap kiri London dan diperkenalkan kepada Gandhi oleh rakan kongsinya, wartawan Henry Noel Brailsford.- AFP
