Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukisan menakjubkan dalam secawan latte

    SUASANA seni minuman latte di Korea semakin berkembang dengan kadar yang memberangsangkan, dan pemuda Lee Kang Bin adalah salah seorang barista yang sangat berbakat.

    Bakat seninya itu dalam sebuah cawan minuman latte telah menarik puluhan ribu pengikutnya di Instagram, begitu juga menjadi hakim dalam pelbagai pertandingan seni latte di seluruh dunia.

    Dengan hanya menggunakan sebatang logam nipis dan palet pewarna makanan, Lee Kang Bin boleh mengubah secawan latte itu kepada satu karya yang menakjubkan. Dari gambar rekreasi dari lukisan-lukisan terkenal seperti Van Gogh ‘Starry Night’, kepada watak-watak kartun dan protret-potret yang sangat terperinci, semuanya dapat dilukis oleh beliau pada buih susu minuman tersebut.

    Antara karya-karya yang dihasilkan oleh Lee Kang Bin dalam secawan minuman latte.
    Antara karya-karya yang dihasilkan oleh Lee Kang Bin dalam secawan minuman latte.

    Lee Kang Bin adalah salah seorang barista yang sangat berbakat dan telah mempunyai puluhan ribu pengikut di Instagram beliau.
    Lee Kang Bin adalah salah seorang barista yang sangat berbakat dan telah mempunyai puluhan ribu pengikut di Instagram beliau.

    “Saya mahu mengatasi keterbatasan seni latte tradisional dengan memperkenalkan warna dan reka bentuk yang pelbagai dan lebih luas,” kata Lee mengenai motivasinya. “Saya berfikir ia sesuatu yang hebat sebagai tambahan di dalam sekyen seni bar WLAC (World Latte Art Championship), dan saya berharap ianya dapat menghidupkan suasana baru dalam industri ini.”

    Seni latte beliau ini juga dikenali sebagai CreamArt, dan telah menarik banyak perhatian dalam kalangan barista-barista di Korea. Ramai daripada mereka mempelajarinya dari Lee dan peminat-peminatnya boleh mengikuti ciptaan terkini beliau melalui laman Instagram beliau.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seni-seni latte yang menakjubkan ini, anda juga boleh melihat karya-karya ini daripada artis seni Jepun, Sugi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda