Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukisan Monet dilumuri cat oleh aktivis

    PARIS, 15 JUN – Lukisan Monet yang dilumuri cat oleh aktivis alam sekitar di Sweden tidak mengalami kerosakan, menurut Muzium Orsay di Paris, yang merupakan pemilik lukisan itu, hari ini.

    Aktivis tersebut melumurkan cat merah dan melekatkan tangan mereka pada kaca pelindung lukisan The Artist’s Garden at Giverny, yang sedang dipamerkan di Muzium Kebangsaan Stockholm, semalam.

    “Lukisan itu tidak mengalami sebarang kerosakan,” kata pengarah Orsay, Christophe Leribault kepada pemberita.

    The Artist’s Garden at Giverny (1900) telah dilumuri dengan cat merah oleh dua ahli organisasi tempatan Restore Wetlands semasa dipinjamkan untuk pameran taman dan alam semula jadi.

    Leribault berkata bahawa lukisan itu, yang ditutup dengan kaca pelindung, telah diperiksa oleh pemulih dari dua muzium.

    Restore Wetlands memuat naik video di laman Facebook mereka yang memaparkan kedua wanita tersebut, seorang jururawat dan seorang jururawat pelatih yang juga melekatkan tangan mereka pada kaca pelindung tersebut.

    Mereka memberitahu AFP: “taman-taman yang indah seperti yang terdapat dalam lukisan Monet akan menjadi kenangan yang jauh.”

    Leribault memberikan kenyataan tersebut semasa sidang media mengenai rancangan pembaikan Muzium Orsay yang akan berlangsung antara tahun 2025 dan 2027. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda