Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukisan pelarian guna berus gigi dicalonkan bagi anugerah

    SYDNEY, 5 MEI – Seorang pelarian yang telah ditahan selama lapan tahun dalam sistem imigrasi Australia telah dicalonkan sebagai finalis dalam anugerah seni tertinggi negara itu hari ini, bagi potret diri yang dilukiskan menggunakan berus gigi.

    Bagi Mostafa Azimitabar, orang Kurdistan yang melarikan diri daripada pendakwaan di Iran, penghormatan itu muncul hanya lebih setahun selepas dia dibebaskan daripada salah satu hotel imigrasi terkenal Australia.

    Dia memberitahu AFP bahawa dipilih sebagai finalis untuk menerima Archibald, anugerah potret bernilai AUD$100,000 (AS$72,192), yang dianugerahkan kepada sebilangan artis paling dihormati Australia, adalah “salah satu saat terbaik dalam kehidupan saya”.

    Potret diri Azimitabar dilukis menggunakan sebatang berus gigi, teknik yang mula dieksperimenkannya pada 2014, sejurus selepas dimasukkan ke kem-kem tahanan imigresen luar pantai Australia di Pulau Manus, Papua New Guinea.

    “Saya bertanya kepada salah seorang pegawai di Manus: ‘Boleh saya minta cat lukis?’… Saya mahu menghasilkan karya seni kerana saya tidak mahu berputus asas’,” ujarnya.

    Selepas pegawai itu berkata dia mungkin memakan cat lukis itu untuk membahayakan diri, Azimitabar yang kecewa kembali ke bilik yang dikongsinya bersama puluhan lelaki lain.

    Di atas meja, dia lihat secawan kopi dan sebatang berus gigi.

    “Saya tidak tahu apa yang berlaku… saat itu sangat istimewa bagi saya. Saya mengambil berus gigi itu dan memasukkan ke dalam kopi dan saya meleretnya (di atas kertas),” katanya, menggambarkannya sebagai “saat kemenangan” baginya. – AFP

    Mostafa Azimitabar bercakap tentang karyanya yang dipamerkan di Sydney pada 5 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda