Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukisan ‘seni batu’ yang menakjubkan

    MUNGKIN ‘lukisan batu’ bukan frasa terbaik untuk menggambarkan karya seni Stefano Furlani yang menakjubkan ini, tetapi ianya sangat luar biasa sehinggakan tidak tahu apa harus dipanggilnya. Artis seni warga Itali ini pada dasarnya akan mencari batu (yang sesuai dari segi geometrinya) di pantai dan menyusunnya mengikut komposisi yang begitu rumit.

    Stefano Furlani telah menemui seni uniknya ini semasa bermain dengan anaknya, Davide, ketika dia berusia tiga tahun. Mereka akan mencari batu-batu berbentuk pelik di kawasan pantai dan kemudian menggabungkannya dalam pelbagai bentuk dan reka bentuk di atas pasir, di bawah lindungan payung. Apabila masa berlalu dan kedua-dua mereka semakin mahir dalam ‘permainan’ ini, mereka mula mencipta karya seni yang lebih rumit dan terperinci.

    Dan pada satu ketika, Stefano mula merasa kecewa apabila karya seni yang dia dan anaknya lakukan dengan gigih itu dipukul oleh ombak laut atau dipijak oleh orang ramai. Jadi dia pun mula mencipta komposisi-komposisi batu ini pada kanvas keras dan menjaganya seperti karya seni sebenar.

    Walaupun sebahagian daripada komposisi batu Stefano Furlani ini kelihatannya ‘simple’ pada pandangan pertama, namun apabila diteliti dengan terperinci, ianya sungguh mengagumkan apabila komposisi batu-batu tersebut dapat disesuaikan dengan tepat sehingga membentuk seperti sebuah lukisan sebenar.

    Stefano Furlani telah menemui seni uniknya ini semasa bermain dengan anaknya, Davide, ketika dia berusia tiga tahun. Mereka akan mencari batu-batu berbentuk pelik di kawasan pantai dan kemudian menggabungkannya dalam pelbagai bentuk dan reka bentuk di atas pasir, di bawah lindungan payung. – Agensi
    Dan pada satu ketika, Stefano mula merasa kecewa apabila karya seni yang dia dan anaknya lakukan dengan gigih itu dipukul oleh ombak laut atau dipijak oleh orang ramai. Jadi dia pun mula mencipta komposisi-komposisi batu ini pada kanvas keras dan menjaganya seperti karya seni sebenar. – Agensi
    Walaupun sebahagian daripada komposisi batu Stefano Furlani ini kelihatannya ‘simple’ pada pandangan pertama, namun apabila diteliti dengan terperinci, ianya sungguh mengagumkan apabila komposisi batu-batu tersebut dapat disesuaikan dengan tepat sehingga membentuk seperti sebuah lukisan sebenar. – Agensi

    Artis berkenaan mungkin sahaja mengambil masa yang lama untuk mencari kombinasi yang sempurna. Dan bukan hanya dari segi bentuk dan saiz batu-batu itu sahaja yang perlu diambil kira, malah dia sering mengingatkan pada dirinya, ia juga merangkumi pada warnanya, yang menjadikan beberapa karya-karyanya itu menyerupai lukisan sebenar.

    Walaupun artis itu tidak mendedahkan tempoh masa untuk menyiapkan hasil lukisan batunya, namun apabila dilihat ianya seperti kerja usaha yang begitu memenatkan. Mungkin ia mengambil masa dalam beberapa hari atau paling tidak beberapa minggu untuk menyiapkannya.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seni batu Stefano Furlani ini, anda boleh melihatnya dalam laman web rasminya dan juga halaman Facebooknya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda