Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lula calon presiden di belakang tirai besi

    SAO PAULO, 5 Ogos – Parti berhaluan kiri Brazil, Parti Pekerja hari ini telah menamakan calon baharu iaitu pemimpin karismatik dan pengasasnya, Luiz Inacio Lula da Silva untuk pilihan raya presiden yang akan datang meskipun dia dipenjarakan atas rasuah.

    Dalam mesej yang dibaca dengan lantang kepada pertemuan parti di Sao Paulo, Lula menggesa ‘penentangan tanpa henti untuk demokrasi’. Meskipun menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, Lula, 72, merupakan pilihan utama dalam tinjauan pendapat awal.

    Tiga pertemuan parti besar diadakan kelmarin, dua bulan sebelum pusingan pertama pilihan raya pada 7 Oktober dalam penguasa ekonomi dominan di Amerika Latin itu.

    Di Brasilia, Parti Rede telah mencalonkan Marina Silva.

    Juga di ibu negara itu, bekas gabenor Sao Paulo, Geraldo Alckmin telah dinamakan sebagai calon untuk Parti Sosial Demokrat Brazil (PSDB).

    Seorang penyokong memegang sepanduk bertulis ‘Bebaskan Lula’ semasa perhimpunan kebangsaan Parti Pekerja di Sao Paulo, Brazil pada 4 Ogos 2018. – AFP

    Alckmin, 65, menerima pencalonannya dengan memberikan ucapan dan menyelar Parti Pekerja kerana telah menyebabkan kekacauan ekonomi hari ini, dengan kira-kira 13 juta orang penduduk telah menganggur dan menyebabkan rasuah berleluasa selama lebih dari satu dekad mereka berkuasa.

    “Saya adalah calon yang kempennya dapat disimpulkan dalam satu ayat: ‘Kami akan mengubah Brazil dan memberikan kembali maruah Brazil yang telah diambil daripada mereka’,” katanya.

    Tetapi sementara kedua-dua Silva dan Alckmin adalah pesaing utama dalam kemungkinan perlawanan terhadap percalonan dari parti berhaluan kanan yang kontroversial, Jair Bolsonaro, ia adalah pertemuan yang sangat luar biasa di Sao Paulo.

    Lula berada di penjara di bandar selatan Curitiba, menjalani hukuman selama 12 tahun kerana rasuah dan berkemungkinan akan dihalang daripada membuang undi.

    Tetapi Parti Pekerja berkata Lula adalah mangsa kes penipuan dan bersumpah untuk membawanya kembali ke pejabat, selepas dia menjadi presiden selama dua musim dari tahun 2003-2010.

    Di pusat konvensyen di Sao Paulo, kira-kira 2,000 orang telah hadir dengan memakai topeng Lula dan melaungkan namanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda