SAO PAULO, 12 DIS – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, akan menjalani satu lagi pembedahan hari ini untuk mengurangkan risiko pendarahan pada masa hadapan di bahagian bawah tengkoraknya yang menerima pembedahan kecemasan minggu ini, kata doktornya.
Doktor presiden berusia 79 tahun itu, Roberto Kalil, memberitahu wartawan kelmarin di luar Hospital Sirio-Libanes bahawa Lula sedang pulih di mana prosedur itu adalah susulan pembedahan yang dijalankan Selasa lalu.
Beliau berkata pembedahan hari ini dianggarkan mengambil masa sejam, di mana ia akan melibatkan penggunaan kateter yang akan dimasukkan ke dalam arteri femoral Lula, sambil menambah prosedur itu agak mudah dan berisiko rendah.
Hospital itu berkata dalam akhbar perubatan, “Sebagai sebahagian daripada rawatannya, susulan kepada pembedahan, prosedur endovaskular (embolisasi arteri meningeal tengah) akan dijalankan esok.”
Kemudahan itu menambah Lula berada dalam keadaan baik.
Tambahnya, “Dia sedang menjalani fisioterapi, berjalan kaki dan menerima kunjungan keluarga kelmarin.” – AFP