Lula dikecam hisap vape di Tanah Suci
Model berasal dari Indonesia, Lula Lahfah menerima kecaman hebat warganet selepas memuat naik satu video memberitahu dia membawa rokok elektronik atau vape di Madinah.
Tampil menjawab kecaman itu, Lula, 25, berkata dia sama sekali tidak mengetahui menghisap rokok elektronik di Tanah Suci adalah perbuatan yang salah. Justeru itu, Lula membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosialnya.
“Saya minta maaf ini satu pembelajaran dan saya janji tidak menghisapnya di kawasan masjid. Ini adalah umrah pertama saya, banyak perkara yang saya pelajari. Terima kasih kepada semua yang telah menasihati saya,” katanya.
Sebelum ini, rata-rata warganet menegur Lula kerana membawa dan menghisap vape di Tanah Suci.
“Rokok elektronik (pod) tu haram Astaghfirullah, mana boleh hisap; Tak mungkin tak tahu, orang bermasalah jika ditegur mesti jawapannya tidak tahu, lupa dan sebagainya, itu hanya alasan untuk mereka keluar dari masalah,” antara komen warganet. – Agensi
