Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026

    BRASILIA, 13 DIS – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta, kelmarin.

    Dalam wawancara bersama CNN Brasil, Pimenta memberi jaminan bahawa Lula berada dalam keadaan sihat selepas menjalani perubatan untuk merawat pendarahan otak Selasa lalu dan kelmarin, lapor Xinhua.

    Beliau menyifatkan Lula sebagai ‘individu paling layak dan bersedia’ untuk terus memimpin negara.

    Menurut pasukan perubatannya, beliau tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan dan dibenarkan keluar hospital awal minggu depan. – Bernama

    Gambar bertarikh 23 Oktober 2022 menunjukkan reaksi Lula semasa sidang media di Sao Paulo, Brazil. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda