Saturday, July 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lula umum dana hutan antarabangsa

    RIO DE JANEIRO, 8 JULAI – Brazil merancang untuk melancarkan dana antarabangsa bagi membiayai perlindungan hutan tropika semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP30) akhir tahun ini, kata Presiden Luiz Inacio Lula da Silva kelmarin, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Dana bernilai €125 bilion (AS$147 bilion) itu bertujuan memberi ganjaran kepada negara-negara yang mempunyai kawasan hutan hujan yang luas untuk projek pemuliharaan.

    Lula membuat pengumuman itu di Rio de Janeiro pada hari kedua dan terakhir Sidang Kemuncak BRICS yang turut dihadiri negara-negara anggota dan rakan kongsi.

    Brazil akan menjadi tuan rumah COP30 pada November ini di bandar Belem, wilayah Amazon.

    Presiden Brazil itu menyatakan bahawa dana berkenaan merupakan sumbangan penting ke arah dasar iklim yang adil.

    “Dana Tropical Forests Forever yang akan kita lancarkan di COP30, adalah untuk memberi ganjaran atas khidmat ekosistem yang disumbangkan kepada planet ini.

    “Melalui perlindungan dan pemulihan kawasan hutan, kita juga mencipta peluang kepada komuniti setempat dan masyarakat peribumi,” katanya.

    BRICS merupakan akronim bagi negara pengasasnya: Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda