Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lumba awal sehari

    PHILLIP ISLAND, 20 OKT – Ramalan cuaca ekstrem, termasuk angin kencang sehingga 65kmj, akan menyaksikan perlumbaan MotoGP Australia diadakan sehari lebih awal, bertukar tempat dengan perlumbaan pecut, kata penganjur hari ini.

    Keputusan luar biasa itu dibuat selepas sesi latihan kedua di litar Phillip Island, di mana pelumba KTM, Brad Binder mengungguli rekod masa. “Keputusan ini telah diambil secara proaktif untuk menjamin persembahan terbaik dan paling selamat untuk semua pesaing dan peminat yang menghadiri Litar Grand Prix Phillip Island hujung minggu ini,” kata pihak pengurusan MotoGP.

    Grand prix 27 pusingan itu kini akan berlangsung pada 3:10 petang pada Sabtu dengan perlumbaan pecut 13 pusingan dianjakkan sehari ke Ahad, jika ia selamat untuk diadakan.

    Jadual Moto2 dan Moto3 kekal tidak berubah tetapi ia juga bergantung pada keadaan cuaca, dengan suhu dijangka akan turun berserta hujan dan angin kencang. – AFP

    Aksi Binder semasa sesi latihan bebas pertama MotoGP Australia di Phillip Island kelmarin. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...