Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lumba haram: Polis keluar hampir 1,000 saman di Sibu

    SIBU, 26 FEB – Polis memandang serius kegiatan lumba haram di bandar itu dengan mengeluarkan hampir 1,000 notis saman melalui Ops Samseng Jalanan dan menghadapkan 21 penunggang motosikal ke mahkamah pada tahun lepas.

    Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata operasi berkenaan akan menjadi keutamaan dan dilaksanakan dari semasa ke semasa sejak beliau bertugas di daerah itu kira-kira dua tahun lepas.

    “Saya memang ambil berat (masalah lumba haram bukannya hanya masyarakat ambil berat dan salur maklumat terus kepada saya, malah YB (Yang Berhormat) pun ada juga salur terus maklumat kepada saya.

    “Saya dah arah Ketua Bahagian (Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik) bukan hanya keluar saman kepada penunggang, panggil ibu bapa dan saman mereka sekali serta sita motosikal tersebut, tetapi perkara ini berterusan berlaku,” katanya menjawab pertanyaan seorang daripada ketua kaum pada Program Kepolisan Komuniti Bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda