BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Majlis Lumba Perahu Lela Cheteria muncul juara Lumba Perahu Tradisi Belia 30 Pekayuh (tajaan khas) apabila berjaya meninggalkan pesaing terdekatnya daripada pasukan Mukim Saba yang terpaksa akur di tempat kedua pada pertandingan yang diadakan di perairan Sungai Brunei hari ini.
Manakala Gabungan Anak Tamoi Brunei dan pasukan Belia Tutong pula, masing-masing berjaya meraih di tempat ketiga dan keempat.
(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)