Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luminox lancar Bear Grylls baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Luminox sentiasa menjadi penyokong menyelamatkan laut bersama-sama pejuang laut, Scott Cassell dan organisasi bukan mengaut keuntungan miliknya, Underwater Sea Voyager Project.

    Seiring dengan kemajuan teknologi, Luminox telah membawa usaha pemuliharaan dan kelestarian lautan ke peringkat seterusnya dengan projek kitar semula melalui perkongsian dengan #tide.

    Menerusi perkongsian tersebut, Luminox telah mengeluarkan produk yang lebih mampan dengan pelancaran Siri Chronograph Master Bear Grylls Survival baharu yang dicipta untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.

    Siri baharu berkenaan direka bentuk dengan kerjasama pencinta alam sekitar, Bear Grylls, dan menggunakan plastik kitar semula #tide daripada botol air yang ditebus semula dari lautan untuk bingkai dan tali, sekali gus mewujudkan jam tangan kronograf baharu yang datang dalam tiga warna pilihan permukaan dan tali iaitu kuning, hijau dan biru. Selain itu, pembeli tidak perlu memilih antara fungsi, ketahanan dan kemampanan kerana kronograf ini mempunyai kesemua tiga ciri berkenaan.

    Setiap satu daripada tiga model itu mempunyai bingkai dan permukaan hijau yang diperbuat daripada bahan #tide yang mampan dengan logo Bear Grylls dipaparkan dengan jelas di kedudukan jam 4 serta panduan kod Morse S.O.S ditambah pada penjejak minit yang amat berguna semasa misi menyelamat.

    Manakala Teknologi Cahaya Luminox, diperbuat daripada tiub cahaya mikro yang kecil, juga memastikan jam tangan dapat dilihat dalam cahaya yang malap atau gelap dan disusun dalam sudut yang berlainan, menjadikan jam tangan tersebut tampil lebih menarik dan bergaya apabila berada dalam keadaan gelap.

    #tide ialah sebuah syarikat berpangkalan di Switzerland yang mengumpul sisa plastik lautan dan mengitarnya semula kepada bahan plastik yang boleh digunakan. Visi ini sejajar dengan misi Luminox dan syarikat induknya untuk menjadi peneraju dalam industri jam tangan Switzerland untuk kemampanan dan neutral karbon.

    Jam tangan Siri Chronograph Master Bear Grylls Survival baharu yang dilancarkan Luminox baru-baru ini. – Gambar serahan Luminox
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda