Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luminox perkenal jam tangan edisi khas

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Luminox kini memperkenalkan jenama jam tangan terbarunya, edisi khas Luminox Spec Ops Challenge (L.S.O.C.), perlumbaan berhalangan yang dianjurkan oleh Tough Viking dengan rekaan yang hebat dan bergaya.

    Menurut kenyataannya, di sini, jenama jam tangan tersebut merupakan edisi khas Tough Viking 3500 Series, yang dilengkapi dengan rekaan terkini dan tali tambahan berwarna hijau yang akan digunakan mengikut kesesuaian pemiliknya.

    Semasa acara L.S.O.C, para peserta telah mengambil bahagian dalam perlumbaan yang diilhamkan daripada latihan Tentera Laut SEAL yang merupakan salah satu kumpulan tentera elit di Amerika.

    Setiap pasukan bukan sahaja menghadapi cabaran dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental, kerja berpasukan, kepimpinan, keyakinan dan komunikasi yang memainkan peranan penting dalam acara itu.

    Jam tangan tersebut dilengkapi dengan rekaan terkini dan tali tambahan berwarna hijau yang akan digunakan mengikut kesesuaian pemiliknya.
    Jam tangan tersebut dilengkapi dengan rekaan terkini dan tali tambahan berwarna hijau yang akan digunakan mengikut kesesuaian pemiliknya.

    Sebagai generasi baru, L.S.O.C Luminox telah bekerjasama bersama Tough Viking dan menjadi antara perlumbaan halangan utama dan terbesar di Scandinavia. Selain itu, halangan-halangan ini juga direka bersama dengan unit maritim elit Sweden,Kustjagarna, yang bertujuan mencerminkan konsep L.S.O.C yang asal.

    Jam edisi khas ini didatangkan dengan kotak fibre glass atau carbon compound. Luminox merupakan jenama jam tangan buatan Switzerland yang berfungsi pada waktu malam bagi para atlet dan pasukan yang berada dalam keadaan lasak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda