SINGAPURA, 30 SEPT – Untuk meraikan semangat kebebasan Jolly Roger, simbol bendera lanun yang melambangkan kebebasan, Luminox memperkenalkan jam tangan Master Carbon SEAL Jolly
Roger (gambar).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Luminox, jam tangan berkenaan terhad kepada 750 utas di dunia.
Simbol bendera lanun telah digunakan oleh Tentera Laut SEALs dan unit tentera khas lain ketika meraikan status elit mereka.
Dalam kes ini, Luminox menggunakannya untuk menghormati wira berkenaan serta merasakan keseronokan memiliki jam edisi terhad.
Sama dengan model Master Carbon SEAL lain, Jolly Roger datang dalam bingkai Carbonox 46mm, kalis air sehingga 300 meter, dengan permukaan luar yang berpusing dalam satu haluan. Carbonox adalah bahan berasaskan karbon yang boleh didapati secara eksklusif untuk Luminox.
Selain ringan, tidak menimbulkan alahan, amat tahan lama, ia juga memaparkan tekstur yang amat menarik, di mana gentian jalur karbon yang panjang dapat dilihat pada permukaan bingkai.
Gasket dan reka bentuk bingkai khas membenarkan jam tangan berkenaan berfungsi dengan amat baik pada paras permukaan dalam.
Di samping itu, tengkorak dengan tulang bersilang dipaparkan pada permukaan jam tangan, sementara bendera Jolly Roger tradisional tertera di belakang bingkai, bersama nombor edisi terhad.
Seperti semua jam tangan Luminox, Jolly Roger menggunakan Teknologi Pencahayaan Luminox (LLT), yang menjamin penglihatan pada waktu malam sehingga 25 tahun menerusi penggunaan tiub tritium
mereka.