Luminox tampil jam mesra alam sekitar

SINGAPURA, 23 NOV – Menerusi kerjasama dengan personaliti TV dan aktivis alam sekitar Bear Grylls, Luminox kini hadir dengan sebuah lagi produk jam tangan edisi khas baharu #tide X Luminox Bear Grylls Survival ECO.

Menurut kenyataan Crystal Time (S) Pte Ltd yang diterima, hari ini, jam tangan edisi terhad itu menampilkan rekaan yang lebih mesra alam sekitar, di mana casis, bezel dan tali jam diperbuat daripada 100 peratus bahan plastik yang diperoleh daripada sisa sampah di lautan.

Bahan tersebut dinamakan sebagai #tide ocean material di mana sisa plastik tersebut ditukarkan menjadi bahan berbutir yang boleh disuntik atau dijadikan sebagai benang.

Sisa plastik ini diperoleh daripada nelayan tempatan terlatih dan dibayar dari lima buah kepulauan di Lautan Andaman di persisiran pantai Thailand.

Selain daripada itu, penggunaan kaca biru nilam telah digunakan pada muka jam, menampilkan bezel menyelam pelbagai arah, penampilan logo Bear Grylls dalam Super-LumiNova pada jam 10, dan semestinya elemen Luminox Light Technology yang menjadi kelaziman setiap jam tangan Luminox.

Di bahagian belakang pula tertera logo Luminox, Bear Grylls, dan #tide ocean material.

Luminox memperkenalkan jam tangan edisi khas rekaan mesra alam sekitar. – Gambar serahan Crystal Time (S) Pte Ltd