Friday, February 21, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luna-25 milik Rusia terhempas di bulan

    MOSCOW, 20 OGOS – Pesawat ruang angkasa Luna-25, misi bulan pertama Rusia dalam tempoh hampir 50 tahun, telah terhempas di bulan selepas insiden semasa manuver sebelum pendaratan, menrut agensi angkasa lepas Rusia Roscosmos hari ini.

    Komunikasi dengan Luna-25 terputus pada 2:57 petang (1157 GMT) kelmarin, kata Roscosmos.

    Menurut penemuan-penemuan awal, pesawat “telah tidak wujud berikutan perlanggaran dengan permukaan bulan”, kata Roscosmos.

    “Langkah-langkah yang diambil pada 19 dan 20 Ogos untuk mencari pesawat itu dan menghubunginya tidak berjaya.”

    Agensi angkasa lepas berkenaan berkata penyiasatan akan dilancarkan terhadap punca nahas, tanpa memberi sebarang petunjuk tentang masalah teknikal yang mungkin berlaku.

    Dengan Luna-25, Moscow berharap untuk membangunkan warisan program Luna era Soviet, menandakan kepulangannya kepada penerokaan bulan bebas dalam menghadapi pengasingan yang semakin meningkat daripada Barat.

    Luna-25 seberat 800 kilogram sepatutnya melakukan pendaratan ringan di kutub selatan bulan, yang pertama dalam sejarah. – AFP

     

    Foto yang diambil daripada video dan dikeluarkan oleh Roscosmos State Space Corporation menunjukkan roket Soyuz-2.1b dengan stesen automatik pendarat bulan Luna-25 berlepas dari landasan pelancaran di Vostochny Cosmodrome di Timur Jauh Rusia, pada 11 Ogos lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda