Sunday, July 13, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luna lantik Raline jadi ‘Presiden Jomblo’

    Selepas mendirikan rumah tangga pada 7 Mei lalu, pelakon Indonesia, Luna Maya dengan bangga mengumumkan dia bukan lagi penyandang gelaran ‘Presiden Jomblo’ (ketua bujang) seperti yang pernah diberikan kepadanya.

    Menunjukkan kebahagiaan bergelar isteri, Luna secara berseloroh menyerahkan status berkenaan kepada rakan artis iaitu pelakon Raline Shah.

    “Saya serahkan jawatan Presiden Jomblo kepada Raline,” katanya memetik laporan mStar.

    Luna berkongsi momen lucu itu dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

    Menerusi hantaran berkenaan, mereka bertemu dalam satu acara dan Raline sendiri dengan hati terbuka menerima ‘mandat’ baharu yang diberikan kepadanya.

    Tambah pelakon itu dia masih lagi belum bertemu jodoh sehingga hari ini adalah atas pilihan sendiri.

    “Saya terima (jawatan) dengan senang hati. Presiden Jomblo seluruh Republik Indonesia. Jomblo kerana pilihan,” ujarnya.

    Untuk rekod, Luna mendirikan rumah tangga dengan aktor Maxime Bouttier dalam satu acara pernikahan yang berlangsung di Bali, Indonesia. Pelakon itu bertemu jodoh pada usia 42 tahun.

    Manakala Raline yang kini berusia 40 tahun masih lagi belum memiliki pasangan. – Agensi

    Luna menyerahkan ‘takhta’ kepada Raline. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda