Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luna Maya bersenam, kekal bertenaga sepanjang Ramadan

    Berpuasa di bulan Ramadan bukan alasan buat pelakon Luna Maya bermalas-malasan dan seharusnya mengambil kesempatan untuk beribadah.

    Luna, 42, berkata, untuk kekal bertenaga dia mementingkan senaman serta tidur mencukupi.

    “Bulan Ramadan itu luar biasa, setahun sekali sahaja berlaku.

    “Puasa tidak menjadikan saya malas, kekal semangat untuk beribadah dan bekerja seperti biasa.

    “Sebab itu saya bersenam dan mengekalkan tidur yang berkualiti untuk sentiasa bertenaga,” katanya.

    Bercakap mengenai sukan, Luna memberitahu dia tetap meneruskan aktiviti kecergasan namun mengurangkan intensiti senaman yang dilakukan. 

    “Saya tetap teruskan aktiviti bersukan tetapi intensiti senaman itu dikurangkan.

    “Boleh buat bila-bila masa, yang penting berpeluh dan segar,” ujarnya.

    Tambah pelakon itu, dia juga menjaga pemakanan dengan mengurangkan makanan bergoreng.

    “Kualiti makanan perlu dijaga, kalau boleh kena kurangkan makanan bergoreng masa berbuka,” jelasnya. – Agensi

     Luna tetap lakukan aktiviti sukan di bulan Ramadan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda