Wednesday, November 27, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luna Maya dedah pernah curang

    Tanpa rasa bersalah, pelakon Luna Maya mengakui dia pernah bersikap curang dalam perhubungan.

    Enggan mendedahkan identiti bekas kekasihnya itu, Luna memberitahu alasan dia bertindak sedemikian kerana rasa bosan, lapor mStar.

    “Tak pernah curang? Ruginya! Saya pernah curang dahulu.

    “Saya buat sebab bosan, lagipun saya pun masih muda waktu itu,” katanya menerusi sebuah sesi podcast di Indonesia.

    Dalam pada itu, Luna menganggap perlakuan curang bukanlah masalah besar memandangkan hubungannya pada ketika itu masih dalam fasa mengenal hati budi.

    “Tapi masa itu belum berkahwin, kalau setakat bercinta tiada masalah.

    “Tetapi jujur selepas tertangkap curang itu hubungan kami putus, saya akui sedih,” jelasnya.

    Luna kini sedang menjalinkan hubungan cinta yang serius bersama aktor Maxime Bouttier sejak dua tahun lalu.

    Untuk rekod, Luan pernah berinta dengan penyanyi Ariel Noah sekitar 2010 namun hubungan mereka tidak bertahan lama disebabkan beberapa faktor yang dirahsiakan. – Agensi

    Luna kini hangat menjalinkan hubungan cinta bersama Maxime. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda