Sejak akhir-akhir ini, Luna Maya didakwa menjalin hubungan mesra dengan Gading Marten.
Dakwaan ini semakin tersebar setelah mereka berdua kelihatan semakin akrab ketika berada di Jepun baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, Luna Maya tidak menafikan bahawa mereka berdua memang pergi ke Jepun bersama-sama tetapi bukan berdua-duaan mahupun bercuti bersama, bahkan hanya atas urusan kerja sesebuah projek.
Dia juga mengaku sengaja bergambar bersama Gading dengan memperlihatkan keakraban mereka, tapi cuma hanya untuk kandungan media sosial dan tidak bermaksud mereka sedang menjalinkan hubungan.
Luna menambah, Desta Mahendra dan Vincent Rompies juga turut serta dalam projek ini.
Dia juga meluahkan bahawa mungkin status dirinya dan Gading, yang sememangnya adalah sahabat karib sejak sekian lama, masih ‘single’ yang membuatkan orang beranggapan lain dengan keakraban mereka.
Luna juga sempat memberi komen mengenai Gading yang merupakan seorang yang baik dan menyenangkan.
Bahkan, ayah kepada seorang anak itu juga seorang yang sangat prihatin dengan sahabat-sahabatnya. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P18-4A-paper-web_28012023.jpg)