Pelakon Luna Maya berkongsi pengalaman seram yang dialami ketika dia sedang bercuti bersama rakan-rakannya di sebuah vila di Ubud, Bali, Indonesia.
Dalam kejadian itu, kata Luna, 42, dia secara tiba-tiba terlihat satu objek aneh seperti api terang di udara.
Bukan dirinya sahaja, malah rakan-rakan yang berada di lokasi berkenaan juga melihat perkara sama, menurut laporan mStar.
“Saya hairan bila nampak ada api terbang-terbang di langit. Terus saya tanya pada kawan-kawan. Kami bertiga nampak benda itu,” katanya.
Kejadian itu membuatkan dia teringat tentang kepercayaan masyarakat Bali yang mengaitkan kemunculan api terbang dengan makhluk dikenali sebagai leak.
Leak merupakan kepercayaan orang Bali terhadap mitos sihir jahat.
“Kalau kepercayaan di Bali, itu namanya leak. Orang Bali kata itu perang ilmu (menunjukkan) siapa yang lebih kuat,” tambahnya. – Agensi


