Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luna Maya mengaku pernah bermusuhan dengan Ariel Noah

    Umum mengetahui pelakon, Luna Maya pernah bercinta dengan penyanyi, Ariel Noah namun hubungan cinta itu berakhir pada 2010.

    Memetik laporan Liputan6, Luna mendedahkan dia pernah bermusuhan dengan Ariel selepas mereka berpisah.

    Bagaimanapun Luna mengakui ketika itu dia berada dalam keadaan beremosi namun begitu sehingga kini hubungan mereka masih baik.

    “Sekarang saya sudah matang. Dahulu mungkin masih dalam keadaan emosi dan sebab itu boleh jadi bermusuhan. Sedangkan boleh saja berkawan baik,” kata Luna.

    Biarpun mereka sudah tidak bersama namun rata-rata peminat masih berharap Luna akan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Ariel.

    Sebelum ini, Luna pernah menegaskan bahawa dia tidak akan pernah kembali bersama dengan Ariel. – Agensi

    Luna mendedahkan dia pernah bermusuhan dengan Ariel selepas mereka berpisah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda