Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luna Maya selesa hidup sendiri

    Pelakon, Luna Maya sememangnya terkenal sebagai orang yang sangat memilih dalam mencari pasangan hidup.

    Disebabkan itu juga Luna memberitahu dia lebih selesa bersendirian meskipun usianya sudah mencecah 39 tahun.

    Memetik laporan Liputan6, Luna mendedahkan bahawa dia pernah dilamar seorang lelaki kaya.

    Kata Luna, dia terpaksa menolak lamaran lelaki tersebut kerana sudah mempunyai isteri.

    “Ada lelaki yang cuba rapat dengan saya malah saya pernah dilamar olehnya. Saya tak nak sebut namanya.

    “Dia kaya, kacak tapi sayang sudah ada isteri,” katanya.

    Dalam pada itu, Luna memberitahu dia tidak peduli dengan pandangan orang ramai berhubung dia masih single meskipun usia bakal mencecah 40 tahun. – Agensi

    Luna Maya tidak peduli orang kata lebih selesa jadi bujang. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda