Luncur air di kawasan bulatan Artik

Air laut naik di bawah terik matahari, musim panas yang agak lewat, alunan ombak yang besar, berputar dan menghempas sesiapa sahaja yang ada di laluannya, seseorang muncul memakai ‘wetsuit’, berdiri di atas papan panjang dan seakan-akan terbang di udara.

Namanya Anker Olsen, berusia 18 tahun dan berasal dari Bay of Unstad di mana pertandingan Lofoten Masters sedang berlangsung. Anker merupakan salah seorang daripada 29 peluncur yang mengambil bahagian dalam edisi Masters bagi tahun 2019, satu-satunya pertandingan papan luncur yang diadakan di kawasan Artik, 68.9 darjah lintang.

Terletak tidak jauh dari kawasan Fjords, teluk yang indah itu, merupakan habitat bagi burung laut, tempat melarikan diri dari kesibukan kota dan banyak lagi. Disebabkan kawasannya yang terpencil, teluk tersebut menjadi daya tarikan utama pelancongan artik begitu juga tarikan The Moskstraumen – atau Maelstrom.

Edgar Allan Poe dan Jules Verne, kedua-duanya telah menggunakan elemen ini untuk memberikan kesan dramatik dalam pengisahan A Descent into the Maelstrom dan Twenty Thousand Leagues Under The Sea.

Faktor cuaca

Namun sebaliknya, peluncur tidak menemui sebarang tanda-tanda pusaran air di Unstad. Dengan keadaan cuaca yang sentiasa baik, diikuti dengan cahaya matahari dan gelombang besar sebagaimana di Oahu atau Tahiti atau Teluk Jeffrey, ia sangat sesuai untuk melakukan aktiviti papan luncur namun ia boleh sahaja berubah tergantung kepada faktor keadaan cuaca dan sekeliling.

Kawasan cuaca di teluk tersebut boleh dipengaruhi musim panas India yang boleh mendorong perubahan suhu sehingga 17 darjah pada waktu pagi manakala suhu laut boleh berada pada suhu 10 darjah. Tekanan yang tinggi bermakna ombak tidak akan kecil. Nenek kepada Anker, Thor Frantzen merupakan salah seorang yang pakar dalam aktiviti papan luncur dan sangat peka akan keadaan cuaca di teluk tersebut. – AFP

Teluk yang indah itu, merupakan habitat bagi burung laut, tempat melarikan diri dari kesibukan kota dan banyak lagi. – AFP
Anker merupakan salah seorang daripada 29 peluncur yang mengambil bahagian dalam edisi Masters bagi tahun 2019. – AFP