MILAN, 18 APRIL – Simone Inzaghi hari ini berkata bahawa Inter Milan perlu melupakan rekod buruk mereka dalam Serie A ketika mereka hampir berjaya mengatasi Benfica dan mencapai separuh akhir Liga Juara-Juara.
Inter mempunyai kelebihan dua gol selepas persembahan cemerlang dalam perlawanan pertama di Lisbon dan dianggap sebagai calon untuk mara ke separuh akhir pada Khamis, buat kali pertama sejak kali ter-akhir mereka dinobatkan sebagai juara Eropah pada tahun 2010.
Kemenangan mereka minggu lalu di Benfica merupakan satu-satunya kemenangan Inter dalam lapan perlawanan terakhir mereka, dan pasukan kendalian Inzaghi, yang berada di luar kedudukan Liga Juara-juara dalam Liga Serie A, telah kalah dalam tiga perlawanan terakhir di tempat sendiri tanpa berjaya menjaringkan sebarang gol.
Namun, mereka masih menunjukkan prestasi yang positif dalam saingan piala dan akan berhadapan dengan separuh akhir all-Italian sama ada menentang Napoli atau AC Milan, jika mereka tidak gagal di San Siro.
“Kami sedar akan pencapaian kami dalam saingan piala dan bahawa keadaan kami dalam liga tidak seperti yang diinginkan,” kata Inzaghi kepada wartawan.

“Kami mendapat keputusan yang buruk tetapi dari segi prestasi, keadaannya tidak teruk, kami masih mencipta peluang.
“Kekalahan-kekalahan itu sudah menjadi sejarah, kami perlu memberi tumpuan pada malam esok. Kami tahu jenis pasukan yang kami hadapi. Malam esok adalah perlawanan yang sangat penting dan mencabar.”
Rekod buruk Inter telah menimbulkan spekulasi bahawa Inzaghi mungkin akan dipecat pada akhir musim, kerana kegagalan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan akan merosakkan kewangan kelab.
“Jika awda membaca perkara-perkara sebelum perlawanan dengan Barcelona (di peringkat kumpulan), ia sama seperti sebelum Porto (di peringkat 16 terakhir),” tambah Inzaghi.
“Saya sudah biasa. Selagi mereka mengkritik saya dan bukan pemain saya, saya akan terima. Itu adalah sebahagian daripada tugas.” – AFP

