
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, menyampaikan hadiah kepada pemenang Luqman Hadzid.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Pelumba berprofil tinggi Negara Brunei Darussalam, Luqman Hadzid menikmati permulaan yang sempurna dalam pertandingan berbasikal domestik utama pertama tahun ini selepas beliau muncul juara dalam kategori elit Kejohanan Kebangsaan untuk Percubaan Masa Individu (ITT 2020) hari ini.