Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luqman kena demam denggi

    Penyanyi Luqman Faiz terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Selangor pada Sabtu selepas hampir seminggu demam dan hilang selera makan.

    Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 23, berkata, hasil pemeriksaan mendapati dia disahkan dijangkiti demam denggi dan keadaannya sudah berada di tahap bahaya kerana lewat mendapatkan rawatan.

    “Sejak Selasa lalu saya demam dan ingatkan hanya demam biasa sebab hari Khamis saya rasa macam sudah sembuh. “Tapi saya tak boleh nak jamah sebarang makanan sebab mulut berasa pahit malah dalam sehari saya hanya mampu minum satu atau dua teguk air… makan bubur pun hanya sedikit.

    “Apabila buat pemeriksaan doktor kata saya sudah terlambat dan keadaan saya sudah memasuki fasa kritikal sebab tidak mampu menelan air yang banyak tapi belum sampai tahap denggi berdarah,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

    Dalam pada itu, Luqman memberitahu dia sempat menghadiri majlis perkahwinan abangnya sebelum ‘menyerah’ diri ke hospital selepas keadaannya tiba-tiba menjadi lemah.

    Berat Luqman turun 3kg disebabkan tidak lalu menjamah makanan. – mStar

    Luqman bagaimanapun bersyukur kerana keadaannya semakin pulih malah sudah mampu menghabiskan sepinggan nasi goreng selepas hampir seminggu tidak menjamah sebarang makanan.

    Hampir seminggu tak makan berat badan saya turun tiga kilogram tapi sejak dimasukkan ke hospital selera saya bertambah baik dan sudah mampu menghabiskan sepinggan nasi goreng,” katanya.

    Penyanyi lagu Kepuraanmu itu berkata, dia juga tidak menyangka dijangkiti demam denggi selepas ada beberapa rakan terdekatnya turut dimasukkan ke hospital kerana perkara sama.

    “Kawasan perumahan saya memang selalu ada kes denggi malah setiap hari akan ada semburan asap bagi membunuh nyamuk… tak sangka pula kali ini giliran saya yang kena,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda