Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lure katak: Umpan palsu terbaik di kawasan semak

    Oleh Raz AS

    Lure katak merupakan antara jenis lure yang paling popular digunakan bukan sahaja di barat untuk memancing ikan bass, selongsong di Australia, bahkan di rantau ini ia juga digilai ramai digunakan untuk menjerat spesies snakehead seperti ikan toman dan dalak.

    Selalunya lure ini diperbuat daripada getah atau soft plastic, dengan keadaan matakailnya menghala ke atas dan hujungnya tersembunyi di badannya, bagi membolehkannya digunakan di kawasan-kawasan yang dipenuhi tumbuhan seperti lalang, lumut, teratai dan lain-lain, di mana katak-katak boleh didapati bermain-main, yang mustahil untuk lure jenis lain digunakan tanpa tersangkut.

    Meskipun dianggap sebagai lure aksi permukaan yang terbaik untuk digunakan di kawasan disemaki tumbuhan, namun ia juga merupakan pilihan yang tidak kurang hebatnya untuk digunakan di kawasan air terbuka dan berdekatan tempat-tempat persembunyian ikan.

    Antara tips-tips untuk menggunakan lure ini adalah;

    Beri perhatian pada ‘lubang’

    Teknik gulung terus merupakan yang paling popular digunakan, lure dibaling kemudian digulung terus, namun ia juga yang paling boleh menyakitkan hati. Kenapa? apabila lure katak digulung terus di atas kawasan yang ditutupi tumbuhan seperti lumut contohnya, ikan yang menyambar dari bawah selalu terlepas sasaran kerana tidak nampak di mana umpan awda disebabkan penglihatan terbatas. Jadi sebolehnya apabila lure berada di kawasan sedikit terbuka, atau ‘lubang’ berhenti seketika untuk memberi peluang ikan mengesannya.

    Mainkan hujung joran

    Apabila memancing di kawasan yang tidak begitu semak oleh lumut atau berteratai, sebaik sahaja lure anda keluar dari kawasan itu dan berada di kawasan terbuka, sentiasa memainkan hujung joran atau lakukan ‘twitching’ berterusan, ini akan menyebabkan kaki katak bergerak-gerak umpama katak sebenar.

    Selalunya lure katak ini diperbuat daripada getah atau soft plastic, dengan keadaan matakailnya menghala ke atas dan hujungnya tersembunyi di badannya, bagi membolehkannya digunakan di kawasan-kawasan yang dipenuhi tumbuhan seperti lalang, lumut, teratai dan lain-lain.

    Jangan gulung dulu, gerakkan sahaja

    Kelebihan lure katak adalah badannya yang ringan, tidak tenggelam, tidak mudah sangkut dan mudah diaksikan. Jadi apabila di kawasan yang mempunyai ranting-ranting pokok tumbang atau sebagainya, lontarkan katak betul-betul di kawasan itu, dan cukup gerak-gerakkan hujung joran anda. Sekiranya tali anda menyebelah ranting tetapi lure masih boleh mencecah air jangan khuatir, cecapkannya ke permukaan air berulang kali seperti mencecap kantung teh ke dalam cawan.

    Peralatan sesuai

    Peralatan yang sesuai untuk digunakan bersama lure katak untuk kawasan yang disemaki tumbuhan adalah joran yang sekurang-kurangnya mempunyai kekuatan medium heavy dengan aksi fast dan tali braided sekurang-kurangnya 30lb, serta reel berkelajuan tinggi.

    Ini dapat membantu pemancing melakukan solid hook up dan menarik ikan keluar dari kawasan semak dengan pantas.

    Tambahan lagi, meskipun umpan katak boleh dikatakan kalis sangkut namun ia tidak 100 peratus menjamin tidak akan sangkut terutamanya apabila lalang atau daun teratai terselit pada matakail.

    Jadi anda tidak mahu kehilangan lure atau turun ke air apabila tali putus kerana menggunakan tali ringan, ketika cuba menariknya keluar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda