Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Luxon angkat sumpah sebagai Perdana Menteri NZ

    NEW ZEALAND, 27 NOV – Christopher Luxon hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri New Zealand (NZ) yang ke-42.

    Pemimpin itu mengetuai gabungan tiga parti iaitu Parti Nasional, Parti New Zealand First dan Parti ACT New Zealand, selepas parti pimpinannya Parti Nasional hanya memenangi 48 daripada 122 kerusi dalam pilihan raya, lapor agensi Anadolu.

    “Ia merupakan suatu penghormatan, keistimewaan dan tanggungjawab yang besar,” kata Luxon selepas mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jenera,l Dame Cindy Kiro.

    Luxon akan mengetuai kerajaan dengan 20 anggota Kabinet, lapan menteri di luar kabinet dan dua setiausaha rendah parlimen.

    Winston Peters daripada Parti NZ First dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri luar untuk tempoh separuh daripada penggal parlimen sehingga Mei 2025.

    Parti Nasional memenangi 48 daripada 122 kerusi dalam pilihan raya umum pada Oktober namun memerlukan sokongan Parti ACT New Zealand yang memenangi 11 kerusi dan NZ First dengan lapan kerusi untuk membentuk kerajaan.

    Parti Buruh NZ yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Chris Hipkins memenangi 34 kerusi, Parti Green 15 kerusi dan Te Pati Maori mendapat enam kerusi.

    Selepas berminggu-minggu tertangguh, ketiga-tiga parti itu mengumumkan persetujuan untuk membentuk kerajaan baharu pada Jumaat lepas.

    Hipkins meletak jawatan pada pagi kelmarin. – Bernama

    Christopher Luxon bercakap semasa sidang akhbar di Parlimen di Wellington pada 24 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...