SINGAPURA, 28 FEB – Lydia Ko berkata kelmarin dia tidak mampu untuk menjadi terlalu angkuh walaupun dia adalah pemain nombor satu dunia dan antara pemain pilihan pada Kejohanan Dunia Wanita minggu ini di Singapura.
Warga New Zealand berusia 25 tahun itu, yang melangsungkan perkahwinannya pada Disember lalu, mengecapi permulaan tahun yang menggembirakan apabila dia memperoleh kemenangan di Arab Saudi dua minggu lalu.
Tetapi sementara dia berada dalam prestasi yang sangat baik dan merupakan pemain terbaik LPGA tahun ini, Kejohanan Dunia Wanita setakat ini gagal dimenanginya. Keputusan terbaik Ko di Singapura adalah pada edisi 2015 di mana dia mendapat tempat kedua, dan sedar mencatat prestasi cemerlang dalam permainan pendeknya akan menjadi formula kejayaan minggu ini.
Seperti Ko, Brooke Henderson juga telah memulakan kempennya dengan kejayaan, meraih kemenangan pada acara pembukaan musim LPGA di Orlando, Florida. – AFP
