Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lynas Australia naik taraf kilang di Malaysia

    KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 20 OKT – Syarikat perlombongan Australia, Lynas Rare Earths berkata hari ini ia akan menutup sementara sebahagian besar operasinya di Malaysia untuk kerja-kerja menaik taraf ketika ia berdepan tindakan undang-undang dengan kerajaan Malaysia berhubung lesen operasinya.

    Lynas berkata dalam laporan kepada pelabur bahawa mahkamah Malaysia akan mendengar pada November permohonannya untuk kekal bagi membolehkannya terus beroperasi sementara rayuan pentadbiran dan undang-undang lain sedang didengar.

    Kilang penapisan Lynas di Malaysia, yang pertama di luar China mengeluarkan mineral yang penting untuk pembuatan berteknologi tinggi, telah beroperasi di negeri Pahang sejak 2012. Tetapi ia telah dibelenggu pertikaian mengenai isu radiasi daripada sisa terkumpul di kilangnya.

    Awal tahun ini, kerajaan meluluskan pembaharuan lesen Lynas selama tiga tahun sehingga Mac 2026. Tetapi ia berkata Lynas mesti memindahkan proses pemecahan dan larut lesapnya – yang menghasilkan sisa radioaktif daripada bijih Australia – keluar dari Malaysia. – AP

    Gambar fail menunjukkan kenderaan pembinaan diletak di tapak kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, timur Malaysia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda