LONDON, 2 JUN – Penyerang Scotland, Lyndon Dykes telah diketepikan daripada Euro 2024 selepas mengalami kecederaan lutut semasa latihan.
Dykes mengalami masalah tersebut semasa sesi pada Jumaat dan imbasan menunjukkan dia tidak akan pulih tepat pada masanya untuk kejohanan di Jerman.
Pemain berusia 28 tahun itu mempunyai sembilan gol dalam 36 penampilan dan ketiadaannya merupakan tamparan buat jurulatih Scotland, Steve Clarke, hanya dua minggu sebelum kejohanan bermula.
“Berikutan kecederaan semasa latihan semalam, Lyndon Dykes telah diketepikan daripada skuad untuk UEFA Euro 2024,” menurut kenyataan Persatuan Bola sepak Scotland kelmarin.
“Kami berasa sedih untuk awak, Lyndon, tetapi tahu bahawa awak akan kembali menyarungkan jersi Scotland tidak lama lagi. Semoga awak cepat sembuh.”
Ketiadaan Dykes menjadikan Che Adams dan Lawrence Shankland sebagai pilihan Clarke di bahagian hadapan, dengan Ben Doak turut disenaraikan dalam skuad sementaranya. – AFP
