Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lyon mahu hentikan rentetan kekalahan

    PARIS, 8 DIS – Lyon yang sedang bergelut akan berusaha untuk menghentikan rentetan kekalahan apabila mereka menghoskan pasukan yang juga mencari kemenangan di Ligue 1, Toulouse, pada Ahad, dengan pasukan tuan rumah berada enam mata dari zon selamat.

    Selepas tewas 3-0 di tangan Marseille pada Rabu lalu, dalam perlawanan yang diatur semula selepas serangan ke atas bas pasukan mereka ketika ia tiba di Stade Velodrome, Lyon tidak mempunyai pengurus dan mencatat tiga kekalahan sejak kemenangan tunggal mereka musim ini pada 12 November.

    Jurulatih sementara, Pierre Sage telah menggantikan Fabio Grosso, selepas pengurus Itali itu, yang mengalami kecederaan serius di kepala dalam serangan bas, telah dipecat minggu lalu disebabkan oleh keputusan yang buruk.

    Dengan masih tiada pelantikan tetap, keputusan di atas padang tidak menunjukkan peningkatan, dengan Lyon kekal berada dengan tujuh mata dan bolos enam gol dalam dua perlawanan terdahulu.

    “Awda hanya perlu melihat kedudukan untuk mengetahui kami dalam bahaya. Tetapi saya merasakan masih ada harapan. Kami mempunyai kewajipan untuk bekerja dan mencuba untuk mendapatkan mata,” kata Sage selepas kekalahan pada Rabu.

    Perlawanan pertama mereka di laman sendiri sejak pemergian Grosso menyaksikan Toulouse, yang berada di atas tempat play-off penyingkiran, melawat Stadium Groupama dalam perlawanan penting dalam perjuangan untuk mengelak kejatuhan musim ini.

    Enam mata memisahkan kedua-dua pasukan, dan jika juara tujuh kali Ligue 1 itu mahu mengelak penyingkiran yang mengejutkan, mereka perlu mula mengutip mata, terutamanya daripada pasukan yang berada di kedudukan bawah. – AFP

    Aksi Rayan Cherki semasa perlawanan bola sepak Liga Satu Perancis di Marseille, Perancis pada 6 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda